BAGAIMANA UNTUK MEMILIH NAMA SYARIKAT YANG BAIK?


Antara perkara yang paling pening untuk mulakan syarikat adalah memilih nama syarikat, bayangkan ketika ingin mendaftar nama syarikat di SSM, tetapi nama yang dipilih sudah dipakai oleh orang lain. Nama syarikat amat pentingkan kerana ini melambangkan keseluruhan syarikat anda, dengan hanya nama anda dapat membina kepercayaan kepada pelanggan.

 KRITERIA UNTUK MENCIPTA NAMA PERNIAGAAN 

 ✅ 1-2 PATAH PERKATAAN 
Nama syarikat yang baik ialah apabila ianya tidak lebih dari 2 patah perkataan, dan lebih baik sekiranya sepatah perkataan. Contoh seperti Nike, Adidas, Apple.

 ✅ BERKAITAN 
Nama syarikat anda perlu berkaitan dengan nama perniagaan anda, bayangkan anda menjual bakery tapi beri nama aerodynamic, itu tidak melambangkan perniagaan anda dan membuat pelanggan 'confius' dengan perniagaan anda.

 ✅ KATEGORI PERNIAGAAN 
Salah satu tips untuk mendapatkan nama yang baik ialah dengan melihat kategori perniagaan anda, adakah anda didalam bidang construction, engineering, mekanik, F&B dan sebagainya. Cari ayat yang membawa maksud yang sama mengikut kategori.

 ✅ UNIK 
Memilih nama perniagaan penting kerana kita bakal menggunakan nama tersebut dalam tempoh masa yang lama, jadi pastikan nama anda unik supaya apabila pelanggan membuat carian di internet, nama anda yang pertama didalam SEO.

 ✅ MUDAH INGAT
Sekiranya anda berjaya meninggalkan kesan kepada pelanggan anda dengan membuat mereka mudah ingat jenama anda, ini bermakna anda berjaya menanam brand anda kepada mereka. Nama yang baik perlu simple dan mudah diingati.

 ✅ GABUNGAN NAMA & PERKHIDMATAN
 Nama perniagaan yang baik boleh juga dicipta melalui gabungan antara idea nama yang anda pilih dengan perkhidmatan yang anda jalankan. Pastikan gabungan nama itu mudah ingat dan tidak susah untuk disebut. Sebagai contoh, anda mempunyai sebuah perniagaan yang membantu mereka yang terkandas kerana kehabisan minyak, jadi nama yang sesuai ialah URGEHELP gabungan antara Urgent dan Help.

 ✅ WEBSITE DOMAIN
Ramai peniaga jarang melihat sudut ini apabila mencipta nama. Pernah tak sebelum anda memilih nama syarikat, anda search idea anda itu di google untuk melihat sama ada nama itu wujud atau pun tidak. Adakah anda website yang menggunakan nama yang sama. Ini penting, kerana apabila perniagaan anda makin berkembang, anda mungkin memerlukan website yang menggunakan domain nama yang anda ingin. Sekiranya terdapat orang yang menggunakan nama tersebut, maka anda perlu bersaing dengan mereka. Kesimpulan yang MEDSO boleh berikan ialah apabila memilih nama syarikat, pastikan nama itu melambangkan keseluruhan syarikat, maka anda akan nampak berapa effective nama tersebut.

Post a Comment

0 Comments