UBAH PERKATAAN DAN ANDA AKAN MENGUBAH DUNIA






















"Change your word and you will change the world"
Pernah dengar ayat ini sebelum ini, jika tidak pernah hari ini MEDSO nak kongsikan apa yang dimaksudkan dengan ubah perkataan dalam berniaga.

Kadang kala kita rasa susah nak closing potential pelanggan yang datang pada kita. Sama ada kita sedar atau tak, perkataan kita main peranan didalam closing.

Selama kita berurusan dengan orang? Bagaimana proses soal jawap itu terjadi?

===================
Pelanggan:
Assalamualaikum, boleh pm saya mengenai perfume XYZ?

Anda:
Boleh, perfume ni import dari dubai, barang berkualiti tinggi, high grade yang dikeluarkan dari kilang.

Pelanggan:
Berapa harga?

Anda:
Harga RM148

Pelanggan:
*Tergantung sepi* Ok, TQ

===================

Diatas, adalah contoh yang kebiasaan berlaku antara pelanggan dan jurujual.

Apa kesilapan yang dilakukan? Jawapannya TIADA kesilapan kerana ini adalah normal cara berkomunikasi antara penjual dan pembeli, tetapi jika jurujual mengubah ayat dalam berurusan, maka ia akan membawa makna yang lebih berkesan ketika proses menjual.

Sebagai contoh, apabila pelanggan bertanya mengenai harga? Tanya soalan seperti:-

Anda:
Berapa bajet yang encik? ........ Owhh, kalau bajet encik RM79, saya ada perfume yang bau dia lebih kurang sama, tetapi lebih tahan lama dengan harga RM69.

Nampak perbezaannya? atau anda juga boleh menggunakan kaedah.

Anda:
Harga perfume ni RM148, tapi saya nak suggest, beli perfume B ni harga RM128, tapi dapat 3 small bottle perfume yang bernilai RM70.

Jadi ini adalah kaedah untuk BUILD TRUST pada BUYER. Apabila anda biasa berurusan dengan kaedah seperti ini, percayalah pelanggan anda akan mencari anda tanpa perlu anda mencari mereka.

Selamat mencuba.

Post a Comment

0 Comments