BAGAIMANA MEMBINA EMPIRE PERNIAGAAN?



Tanya diri berapa komited anda nak berjaya? Jika anda kata 💯%, buktikan?

Jika anda pernah hadiri di mana-mana seminar usahawan, pasti anda pernah dengar soalan ini diajukan. Tak kira anda hadir ke kelas RM4,000 sekali pun, saya pasti jawapannya masih sama.



Persoalannya?
Adakah jawapan anda seiring dengan tindakan. Untuk membina empire perniagaan anda perlu ada beberapa perkara:-

✅ IDEA
Sesuatu perniagaan bermula dengan idea, pilih idea perniagaan yang kurang saingan.

✅ SYARIKAT
Ramai golongan melayu terutamanya yang berniaga tidak mempunyai syarikat berdaftar, jika ada, syarikat mereka tidak aktif.

✅ AKAUN PERNIAGAAN
Jika lihat pada hari ini, masih ramai yang berniaga menggunakan akaun peribadi dan bukan akaun syarikat.

✅ SISTEM
Antara kegagalan peniaga pada hari ini ialah apabila tidak mencipta sistem yang baik didalam perniagaan, dan apabila berkembang sistem pengurusan mereka tidak tersusun dan berterabur.

✅ PASUKAN
Dalam apa jua jenis perniagaan perlu mempunyai pasukan yang mampu membantu dalam susah senang. Pasukan ini perlu mempunyai kemahiran yang dapat membantu syarikat berkembang.

✅ PELABURAN
Boleh dikatakan kebanyakan peniaga IKS tidak melabur kewangan mereka. Jadi apabila jualan perniagaan mereka berkurang, maka mereka tiada duit backup atau duit utk grow kan perniagaan.

✅ ASET
Tahukah anda, jika income perniagaan anda RM10,000 sebulan. Anda mampu membeli hartanah yang bernilai sehingga RM2 Juta? Jadi secara tak langsung dengan membeli hartanah, anda meningkatkan nilai syarikat anda.

Jadi jika ada masih belum mempunyai ilmu diatas, pastikan laburkan wang anda untuk anda dalami ilmu tersebut.

Ingat? Pelaburan paling bernilai ialah pelaburan pada ilmu, kerana itu satu-satunya pelaburan yang kita takkan hilang.

Post a Comment

0 Comments