BRAND ESSENCE



Pernah dengan perkataan ini? Brand essence atau dalam bahasa melayu intipati jenama didalam sesebuah branding. Brand essence perlu ada untuk sebuah jenis jenama, bermula dari nama syarikat sehingga brand sesebuah produk.

FAKTA‼️
Kebanyakan syarikat korporat atau gergasi memerlukan 10 tahun untuk membina brand essence yang sempurna. Bayangkan betapa susahnya untuk membina brand essence.

RAHSIA MEMBINA BRAND ESSENCE YANG BAIK



Sekiranya anda ingin membina brand yang baik, terdapat beberapa soalan yang perlu anda jawap untuk mencipta brand essence:-

🚀 NAMA SYARIKAT
Anda memerlukan nama syarikat yang tidak lebih dari 2 patah perkataan sebagai jenama yang ingin anda promosikan.

🚀 TAGLINE
Bina tagline yang tidak melebihi 3 patah perkataan tetapi membawak makna yang sempurna dan memberi kesan kepada perniagaan anda.

🚀 SASARAN PELANGGAN
Untuk mendapatkan brand essence, anda perlu mengenalpasti siapakah kelompok sasaran pelanggan anda, ini termasuk lokasi, jantina, umur dan demografik mereka.

🚀 KELEBIH PERNIAGAAN 
Anda perlu mengenalpasti apa Unit selling proposition (USP) perniagaan anda, atau dalam kata lain, keunikan perniagaan anda berbanding persaing anda.

🚀 TAWARAN PERKHIDMATAN/PRODUK
Anda perlu kenalpasti tawaran yang anda berikan kepada pelanggan anda. Sebagai contoh, Medso menawarkan perkhidmatan:-

» membantu usahawan meningkatkan 'brand awareness'

» memberi perkhidmatan mampu milik untuk peniaga industri kecik & sederhana (IKS)

» Memviralkan servis atau produk peniaga di laman social facebook

🚀 JANJI
Senaraikan apa yang anda janjikan kepada pelanggan didalam produk atau servis anda. Sebagai contoh, Medso menjanjikan 'brand awareness' kepada pelanggan yang menggunakan servis Medso dalam tempoh 6 bulan.

🚀 BUDAYA (CULTURE)
Anda juga perlu mengenalpasti budaya yang ingin diterapkan keatas jenama anda, sebagai contoh Medso ingin menerapkan pelanggan dengan ilmu pemasaran melalui servis Medso

Jadi dengan mengenalpasti perkara diatas, anda sudah boleh untuk mencipta brand essence, dan ianya perlu dalam 1 patah perkataan.

Contoh brand essence Medso

MEDSO PLT
Tagline: Viral your business
Brand Essence yang boleh digunakan:

(hanya salah satu boleh digunakan, dan dibawa didalam semua pemasaran)
👉🏻 Trust
👉🏻 Satisfied
👉🏻 Believer

Post a Comment

0 Comments