FOLLOW UP PELANGGAN



Normal bagi peniaga IKS, apabila mendapatkan database atau potential pelanggan, mereka akan biarkan ianya berlalu.

Terutama apabila kita mendapat pelanggan yang PM tanya harga, kemudian menyepi.

Mungkin anda tak tahu fakta ini, tapi yang sebenarnye anda telah 85% CLOSED pelanggan yang PM anda. Tinggal hanya untuk memastikan jualan berlaku sahaja.

Cuba fikir, kenapa agaknya pelanggan menyepi apabila bertanya harga? Kebarangkalian yang berlaku adalah:-

✅ Harga terlalu mahal
✅ Masih belum mampu untuk membeli
✅ Survey harga
✅ Untuk tahu info tepat
✅ Untuk memastikan contact berada dalam whatsapp
✅ Untuk negotiate harga

Diatas adalah senarai punca-punca yang selalu terjadi kenapa whatsapp anda menyepi. Jadi disini apa yang patut anda lakukan?

STRATEGI FOLLOW UP






















Percayakah anda sekiranya saya kata, dengan 10 kali follow up anda akan mendapat sekurang-kurangnya 1 jualan. Tapi anda perlu mempunyai strategi.

1) COPYWRITING
Gunakan copywriting seperti anda berbual dengan pelanggan bukan hardsell

2) LATEST INFO UPDATE
Update pelanggan anda secara santai mengenai info produk atau servis anda seperti promosi, harga negotiate, dan produk baru.

3) URGENTCY
Letakkan durasi promosi didalam copywriting dan maklumkan pada pelanggan bahawa tawaran ni terhad dan akhir berakhir pada sesuatu tarikh yang telah anda tetapkan.

4) KONSISTEN
Secara konsisten follow up dan update,  sehari hanya perlu sekali.

5) TESTIMONI
selit testimoni video link didalam copywriting follow up, untuk meyakinkan pelanggan

Dengan menggunakan strategi ini, insyallah Sales anda akan meningkat.

Post a Comment

0 Comments