JENIS - JENIS SYARIKAT BERDAFTAR

Hari ni MEDSO ingin menerangkan jenis-jenis syarikat yang tersenarai yang ada di Malaysia


1) MILIKAN TUNGGAL


Syarikat yang berdaftar dibawah status sole enterprise adalah berstatus milik individu. Ini bermakna sekiranya pemilik syarikat meninggal dunia maka syarikat tersebut turut sama mati. Syarikat berstatus ini tidak dapat diwarisi, dan sekiranya disaman atau bankrup. Bank berhak untuk sita aset individu

Untuk membuka akaun ini, bayaran sebanyak RM70.

2) PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PLT)


Sebuah syarikat yang didaftar berstatus partnership, syarat untuk memilik syarikat ini perlu memiliki sekurang-kurang 2 orang sebagai partnership. Syarikat ini berstatus identiti berasingan, jadi sekiranya apa-apa terjadi atau syarikat di istihar bankrap, maka aset individu tidak akan disita. Namun kerugian perlu ditanggung bersama (bergantung pada perjanjian).

Syarikat berstatus ini juga tidak perlu di audit, tetapi perlu hantar laporan kewangan utk rujukan SSM setiap tahun.

Untuk mendaftar perlu membayar RM500.

3) SENDIRIAN BERHAD (SDN BHD)


Syarikat ini juga berstatus identity berasingan, kelebihan memiliki syarikat ini ialah pendaftar syarikat ini mempunyai 'paid up capital' atau modal berbayar. Setiap director akan memegang 'shares' dan mereka boleh menjual shares mereka kepada orang lain.

Syarikat berstatus ini boleh diwarisi, dan sekiranya apa-apa terjadi pada director, syarikat ini tidak akan mati. Tetapi syarikat ini perlu di audit setiap tahun.

Selain itu, status syarikat ini boleh mengurangkan cukai korporat. (Bergantung pada pendapatan tahunan)

Untuk membuka syarikat ini, pemilik perlu melantik company secretary dan perlu membayar sekitar RM1,800 - RM2,400 (tidak termasuk audit tahunan)

4) BERHAD


Syarikat ini mempunyai kelebihan sama seperti sdn bhd, apa yang membezakan ia ialah, syarikat ini boleh disenaraikan di pasaran bursa dan membuka peluang orang awam untuk memiliki dan menjadi sebahagian minority shareholder dengan membeli saham syarikat tersebut.

Kebiasaannya, syarikat ini perlu melalui taraf sdn bhd sebelum layak untuk memohon menjadi Berhad.

Post a Comment

0 Comments